TI Properties Sdn. Bhd.

News & Media

Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir TIPSB Great Hopes

Disember 2022, beberapa buah negeri di pantai Timur ditimpa bencana banjir yang telah menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa. Beberapa buah kampung bertempat di Ajil turut tidak terkecuali dari musibah banjir.  Dengan keprihatinan TI Properties Sdn Bhd (TIPSB), syarikat ini telah berjaya menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang pertama pada tahun 2023 dengan mengadakan Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir TIPSB Great Hopes.
Pengagihan sumbangan barangan keperluan bagi membantu mangsa – mangsa banjir disantuni oleh YB Ustaz Haji Maliaman bin Kassim (Pengerusi TIPSB), Encik Mohd Nordin bin Mahmood (Ahli Lembaga Pengarah TIPSB), Encik Khalizan Mahmud (Ketua Pegawai Eksekutif) dan kakitangan yang terlibat.  TIPSB berharap sumbangan yang diagihkan akan dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.

Share this article :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn